fbpx

Fasa Satu PKP penuh tunjuk tanda positif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FASA satu PKP penuh tunjuk kesan positif. - ZULHANIFA SIDEK

PETALING JAYA – Fasa Satu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh di seluruh negara bermula 1 Jun lalu telah menunjukkan tanda positif dalam usaha melandaikan lengkuk jangkitan Covid-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kes harian Covid-19 berjaya diturunkan dari rekod tertinggi lebih 9,000 kes pada Mei lalu kepada 5,419 kes semalam.

“Kita berharap kes akan terus menurun. Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan oleh Perdana Menteri semalam merupakan satu strategi peralihan keluar secara berfasa dari kemelut COVID-19.

“Pelan ini mengambil kira semua pertimbangan bagi memastikan keputusan yang diambil adalah demi menyelamatkan nyawa serta kelangsungan hidup rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, Fasa Pertama PKP menyeluruh itu terpaksa dilaksanakan susulan peningkatan kes mendadak yang mengancam sistem kesihatan awam.

“Justeru, kerjasama anda semua amat diperlukan bagi menjayakan Pelan Pemulihan Negara ini,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI