fbpx

2 warga Indonesia dijel kerja di snuker waktu PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Vinoris (kiri) dan Yuvanalis keluar dari Mahkamah Majistret di sini hari ini.

PETALING JAYA – Padah bekerja di pusat hiburan snuker pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dua lelaki warga Indonesia dipenjara 20 hari oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Muhammad Iskandar Zainol menjatuhkan hukuman penjara itu terhadap Vinoris Mendonca Amaral, 27, dan rakannya Yuvanalis Manek, 26, selepas kedua-duanya mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atas mereka.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tarikh kedua-dua tertuduh ditangkap pada 30 Mei lalu.

Mengikut pertuduhan, Vinoris dan Yuvanalis didakwa gagal mematuhi arahan Ketua Pengarah Kesihatan untuk mengambil langkah bagi maksud mencegah dan mengawal apa-apa penyakit berjangkit dengan bekerja di premis hiburan snuker.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah pusat hiburan snuker, di Damansara Jaya di sini pukul 4 petang pada 30 Mei lalu.

Berikutan itu kedua-duanya didapati melanggar Peraturan 9, Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021 dan boleh dihukum dibawah Peraturan 17(1) peraturan yang sama yang boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya.

Terdahulu, kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon mahkamah mengenakan hukumam ringan kerana mempunyai tanggungan keluarga.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Zamriah Zarifah Aris memohon kedua-dua tertuduh dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI