fbpx

Sajat saksi penting kes tukar maklumat kad pengenalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sajat

PETALING JAYA – Usahawan kosmetik kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali Nur Sajat merupakan saksi penting dalam kes penipuan pertukaran nama dan jantina pada kad pengenalan di Mahkamah Ampang pada 14 Julai ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, Sajat perlu menghadiri perbicaraan yang sedang berlangsung bersabit kes penipuan maklumat pada kad pengenalan usahawan itu sendiri.

“Muhammad Sajjad yang dikehendaki tersebut adalah mangsa dan merupakan saksi dalam perbicaraan tersebut yang akan berlangsung di Mahkamah Ampang pada 14 Julai ini.

“Sajat juga adalah saksi penting bagi memberi keterangan ke atas seorang suspek wanita yang dituduh sebelum ini kerana terlibat dalam kes penipuan pertukaran nama dan jantina dalam kad pengenalan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, usahawan tersebut turut menjadi saksi pendakwaan bagi membantu pihak Pendakwa Raya dalam kes yang sedang dalam prosising perbicaraan.

Kosmo! Online semalam melaporkan, polis sedang mengesan usahawan kosmetik kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali Nur Sajat, 36, bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan menukar maklumat kad pengenalan.

Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang dalam satu kenyataan berkata, Sajat merupakan seorang saksi yang perlu hadir bagi prosiding perbicaraan kes berkenaan di Mahkamah Ampang Jaya pada 14 Julai ini.

“Alamat terakhir dikesan di No 2, Jalan Polo Country Club Selangor, 10/3 Kota Damansara, Seksyen 10, Petaling Jaya.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun keseksaan kerana menipu,” katanya di sini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI