fbpx

Pandangan pemimpin dikemuka dalam Perbincangan Majlis Raja-Raja Melayu esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Hiasan

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijangka akan mengemukakan pandangan pemimpin-pemimpin parti politik mengenai pelbagai isu semasa Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu pada pukul 2.30 petang esok.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, pandangan tersebut disuarakan selepas Seri Paduka Baginda berkenan menerima menghadap seramai 18 pemimpin parti politik secara bersemuka dan maya di Istana Negara bermula 9 Jun hingga hari ini.

“Dalam sesi menghadap para pemimpin parti politik, Seri Paduka Baginda telah berkenan mendengar pandangan-pandangan dari mereka tentang pelbagai isu.

“Perlu diperjelaskan bahawa sesi-sesi menghadap para pemimpin parti politik adalah atas inisiatif serta keprihatinan tinggi Seri Paduka Baginda dan berkaitan usaha-usaha memerangi penularan wabak Covid-19 serta pelaksanaannya semasa tempoh darurat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Selain pemimpin parti politik, Seri Paduka Baginda turut berkenan menerima menghadap Pengerusi Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021, Tun Arifin Zakaria di Istana Negara hari ini.

“Selain daripada itu, beberapa pakar daripada agensi-agensi kerajaan turut dijadualkan memberi sembah taklimat mengenai hal-hal berkaitan kesihatan, keselamatan, politik dan ekonomi negara di Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu esok,” tambahnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI