fbpx

Kes kembali melebihi 5,000 hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 5,419 kes dilaporkan hari ini.

PUTRAJAYA – Sebanyak 5,419 kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 667,876 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, Selangor merekodkan sebanyak 1,996 kes, diikuti oleh Sarawak sebanyak 718 kes dan Kuala Lumpur sebanyak 650 kes.

“Seterusnya, Negeri Sembilan (396 kes), Johor (366 kes), Kedah (252 kes), Kelantan (245 kes), Sabah (230 kes), Melaka (155 kes), Labuan (138 kes) dan Pulau Pinang (124 kes).

Negeri lain ialah Perak (68 kes), Terengganu (43 kes), Pahang (32 kes), Putrajaya (lima kes) dan Perlis (satu kes),” katanya pada ciapan Twitter beliau di sini hari ini. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI