fbpx
Gambar hiasan

Program vaksinasi di Sarawak selesai Ogos 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING – Gabungan Parti Sarawak (GPS) memaklumkan program vaksinasi di Sarawak akan dipercepat dan diselesaikan pada Ogos depan bagi mencapai imuniti kelompok di negeri itu.

GPS dalam satu kenyataan media berkata, perkara itu dikemukakan ketika sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.

Terdahulu, kata kenyataan itu, GPS mengemukakan tiga faktor penting dalam usaha memerangi Covid-19 dan kaedah untuk mengawal ekonomi kepada baginda.

“Faktor berkenaan ialah mencapai imuniti kelompok, kerajaan yang kuat dan stabil dan pelan pemulihan ekonomi ketika memerangi wabak Covid-19,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu ditandatangani Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri Dr James Jemut Masing, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Seri Dr Sim Kui Hian dan Parti Demokratik Progresif (PDP), Datuk Seri Tiong King Sing.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan selepas sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong secara maya yang diketuai oleh Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

“Keperluan kerajaan yang kuat dan stabil penting untuk memastikan pelaksanaan program dan ekonomi Covid-19 agar mempunyai asas yang baik selain pelaksanaan Pelan Pemulihan Ekonomi pasca-Covid-19,” kata kenyataan itu. – K! ONLINE

POPULAR