fbpx

PKP 3.0 disambung, Janna Nick cabar diri buat yoga di rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Janna memilih untuk melakukan senaman yoga bagi mengisi masa lapang sepanjang PKP Fasa 3.0 dilaksankanan.

PETALING JAYA – Pelakon Janna Nick mengisi masa terluang ekoran lanjutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0) dengan melakukan aktiviti yoga sebagai cabaran untuk diri sendiri.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 26, berkata, dia memilih untuk mencabar diri dengan melakukan yoga sepanjang pelaksanaan PKP 3.0 walaupun mengakui aktiviti tersebut bukan mudah untuk dilakukan.

“PKP sambung lagi? Jadi apa kata kita cabar diri kita untuk buat benda yang boleh mencabar kemampuan kita di rumah. Kalau untuk saya ialah yoga!

“Walaupun tidak mudah tetapi saya cuba,” ujarnya.

Dalam hantaran tersebut, teman wanita kepada pelakon tampan, Dini Schatzman turut berkongsi video pendek ketika dia melakukan aksi yoga di rumah.

Menjengah dalam ruangan komen, rata-rata pengikutnya menyambut baik cadangan pelakon itu untuk memanfaatkan masa terluang dengan melakukan aktiviti berfaedah.

“Lembutnya pinggang Janna. Kalau saya dah tergeliat pinggang,” usik seorang pengguna Instagram.

“Kalau saya memasak. Memasak adalah sesuatu yang mencabar bagi saya. Saya tidak reti masak tetapi suka makan,” komen salah seorang pengikutnya.

Menerusi hantaran serupa, Janna turut tidak ketinggalan mengingatkan pengikutnya dalam Instagram supaya segera mendaftar untuk mendapatkan suntikan vaksin. Malah, Janna turut berkongsi pengalamannya ketika mendapatkan suntikan vaksin baru-baru ini.

“Pengalaman saya (menyuntik vaksin) sangat bagus dan berjalan lancar. Pada yang belum divaksin, cepat-cepat daftar.

“Semak aplikasi MySejahtera untuk mengetahui kemaskini info vaksinasi anda,” kata Janna.

Sekadar info, kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk melanjutkan tempoh PKP 3.0 untuk tempoh dua minggu lagi berkuat kuasa pada 15 Jun sehingga 28 Jun depaN. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI