fbpx

Itu bukan ‘baby bump’, dalam perut saya ada makanan – Ernie Zakri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CIAPAN Ernie yang memaklumkan dirinya belum hamil seperti didakwa netizen.

PETALING JAYA – Menjawab tentang khabar angin netizen yang mendakwa dirinya kini sedang hamil, penyanyi Ernie Zakri menafikan perkara tersebut menerusi ciapan yang dimuat naik dalam Twitter miliknya.

Ciapan tersebut dinyatakan Ernie bagi menjawab desas-desus ditimbulkan netizen apabila ada yang meninggalkan komen mengatakan dirinya kini hamil.

“Itu bukan ‘baby bump’. Dalam perut tu makanan. Jangan buat saya macam ini. Saya sangat suka makanan sampai lepas kahwin tidak berhenti makan nasi.

“Tapi saya dah berhenti makan nasi sekarang dan kembali kepada gaya hidup sihat,” tulis Ernie.

Menerusi ciapan berkenaan juga, pelantun lagu Gundah itu menganggap spekulasi netizen yang mengatakan dirinya kini hamil merupakan doa untuk dirinya.

“Tapi doa-doa anda itu saya aminkan. Doa banyak-banyak tau untuk saya dan mereka yang mahu timang anak,” jelasnya.

Untuk rekod, Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 28, selamat mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Syamel pada 26 Mac lalu di Masjid Puncak Alam, Shah Alam, Selangor.

Pasangan itu mulai rapat selepas terbabit dalam program Duo Star terbitan Astro pada 2017. Ketika itu Syamel dan Ernie menjadi pasangan duet dan muncul juara dalam program realiti terbabit. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI