fbpx
ALCANTARA (tengah) mengakui persiapan Sepanyol sedikit tergendala tetapi mereka bersedia untuk memberikan cabaran pada saingan Euro 2020. – AFP

Sepanyol enggan mengaku kalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID – Pemain tengah Sepanyol, Thiago Alcantara mengakui bahawa persiapan pasukannya itu sedikit bermasalah ekoran ancaman Covid-19 tetapi mereka tetap bersedia untuk mengharu­ngi saingan Euro 2020 kali ini.

Minggu lalu, Sepanyol dikejutkan dengan berita dua pemain mereka, Sergio Busquet dan Diego Llorente yang diuji positif wabak berkenaan menyebabkan keseluruhan pemain terpaksa dikuarantin dan mereka terlepas aksi persahabatan.

Selain itu, timbul pula kontroversi selepas kerajaan Sepanyol mengesahkan bahawa para pemain di dalam skuad Euro 2020 akan diberikan vaksin sebelum aksi pertama, tetapi para pemain terutama jurulatih, Luis Enrique bimbang mengenai kesan sam­pingan yang mungkin dihadapi mereka.

Bagaimanapun, mereka sedikit lega apabila Llorente dan Busquet disahkan negatif pada saringan kedua selain kesemua pemain dan staf kejurulatihan Sepanyol telah menerima suntikan vaksin semalam.

“Kami terpaksa berdepan keadaan ini. Kita sudah melalui situasi Covid-19 ini sejak lebih setahun lalu dan perlu cepat menyesuaikan diri.

“Kami dikelilingi oleh mereka yang profesional dan kami juga tidak ada masalah untuk mengikuti segala protokol yang ditetapkan demi kebaikan semua.

“Kami perlu menyesuaikan diri dalam keadaan tekanan seper­ti ini. Kami adalah sebuah pasukan yang masih muda dan perlu beraksi di peringkat ter­tinggi.

“Semua pemain bersedia untuk mengikuti apa yang telah ditetapkan oleh jurulatih. Kami sentiasa bekerja keras dan dahagakan kejayaan,” jelasnya. – AGENSI

POPULAR