fbpx

Ajar cara solat, Aishah Azman dipuji netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aishah dipuji pengikutnya selepas berkongsi cara solat lima waktu yang betul mengikut Islam.

PETALING JAYA – Pelakon Aishah Azman mendapat pujian netizen selepas berkongsi cara yang betul bagi umat Islam menunaikan solat lima waktu.

Menerusi video yang dimuat naik dalam Instagramnya, Aishah atau nama sebenarnya Nor Aishah Afika Azman Shah memberitahu dia terpanggil untuk memperbetulkan kesilapan cara solat yang biasa dilakukan manusia biasa sepertinya.

“Kesilapan yang selalu terjadi dalam solat, saja nak kongsi dan moga bermanfaat,” tulis Aishah.

Meninjau pada ruangan komen, rata-rata peminat termasuk rakan artis memuji tindakan pelakon drama Pengantin 100 Hari itu dan berterima kasih atas perkongsian berguna tersebut.

“Meskipun hanya kesilapan kecil yang sering dilakukan insan beragama Islam, video ini banyak membuka mata ramai termasuk saya.

“Terima kasih Aishah. Moga terus menjadi contoh artis terbaik,” tulis netizen.

Tidak setakat memuji, peminat turut mendoakan adik kepada pelakon Afiq Muiz itu terus istiqamah dalam berkongsikan pelbagai info-info berguna umumnya mengenai agama Islam.

Terdahulu, Aishah, 25, mengambil keputusan untuk memadam semua foto seksi miliknya sekali gus mengubah penampilannya dengan mengenakan hijab sejak Februari lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI