fbpx

5,304 kes baharu dilaporkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 5,304 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 mencecah 657,508 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, Selangor melaporkan sebanyak 1,973 kes, diikuti oleh Sarawak sebanyak 544 kes dan Kuala Lumpur sebanyak 462 kes.

“Seterusnya, Johor (363 kes), Sabah (335 kes), Negeri Sembilan (331 kes), Kedah (301 kes), Pulau Pinang (256 kes), Kelantan (179 kes), Labuan (158 kes), Melaka (145 kes) dan Perak (121 kes).

“Pahang pula dengan 78 kes, Terengganu sebanyak 46 kes manakala, Putrajaya merekodkan tujuh kes dan Perlis sebanyak lima kes baharu,” katanya di Facebook beliau hari ini. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI