fbpx

Enam kawasan ditamatkan PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kerajaan hari ini mengumumkan penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga kawasan di Pahang, dua kawasan di Sabah serta satu di Negeri Sembilan bermula hari ini dan esok.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kawasan yang ditamatkan PKPD di Pahang ialah, Kampung Baru Melayu Bentong, FELDA Jengka 24, Jerantut dan Ladang Chin Teck, Muadzam Shah, Rompin.

“Selain itu, dua kawasan di Sabah ialah FELDA Sahabat 40 (Kampung Kembara Sakti), Tungku, Lahad Datu serta Kampung Padawan, Papar; manakala satu di Negeri Sembilan di tiga kawasan perumahan Mukim Juasseh, Kuala Pilah.

“Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan terdapat penurunan kes di kesemua kawasan tersebut dan kluster adalah terkawal manakala semua kes positif sudah dirawat,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut Ismail Sabri, setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju menamatkan PKPD bagi kawasan-kawasan yang terlibat.

“Kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di Kampung Baru Melayu Bentong dan FELDA Jengka 24, Jerantut, Pahang, hari ini pukul 11.59 malam.

“Kemudian, FELDA Sahabat 40 (Kampung Kembara Sakti), Tungku, Lahad Datu serta Kampung Padawan, Papar, Sabah; tiga kawasan perumahan Mukim Juasseh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan; serta Ladang Chin Teck, Muadzam Shah, Romping, Pahang akan ditamatkan PKPD bermula esok pukul 11.59 malam,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI