fbpx

Dua murid Orang Asli raih 9A SPM 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Juniza Ellyana (kiri) dan Rozainizam masing-masing mendapat 9A dalam peperiksaan SPM.

PUTRAJAYA – Dua murid Orang Asli dari Pahang berjaya meraih keputusan cemerlang 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 yang diumumkan Khamis lalu.

Timbalan Menteri 1 Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, murid berkenaan adalah Juniza Ellyana a/p Teo Sea Huang dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rompin, Pahang dan Rozainizam a/l Azizan dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Muadzam Shah, Pahang.

Beliau berkata, secara keseluruhan, seramai 93 murid Orang Asli telah memperoleh keputusan cemerlang bagi peperiksaan SPM 2020.

“Seramai 90 murid Orang Asli lain mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM ini dengan lapan orang mencatat keputusan 8A, 10 orang (7A) dan lapan orang (6A).

“Selebihnya, 31 orang mencatat keputusan 5A serta 34 orang (4A) menjadikan jumlah keseluruhan murid Orang Asli cemerlang peperiksaan SPM tahun 2020 adalah seramai 93 orang,” jelasnya menerusi kenyataan akhbar di sini hari ini.

Abdul Rahman berkata, keputusan itu membanggakan KPLB selaku kementerian yang bertanggungjawab dalam pembangunan modal insan masyarakat Orang Asli melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa).

Katanya lagi, KPLB telah menyediakan peruntukan untuk bantuan pendidikan murid Orang Asli melalui bantuan wang saku, pengangkutan, peralatan sekolah, pakaian sekolah serta bantuan-bantuan lain dengan harapan murid-murid Orang Asli lebih bersemangat untuk mengubah nasib mereka melalui pendidikan.

“Kejayaan murid Orang Asli ini merupakan hasil kerja keras daripada murid-murid, ibu bapa dan guru-guru.

“Tidak lupa juga Jakoa yang turut bersama-sama berganding bahu dengan menyediakan pelbagai jenis bantuan serta program-program kecemerlangan pendidikan yang dapat mendorong murid-murid ini untuk bersaing dengan masyarakat lain,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI