fbpx
POLIS sahkan All Together Now Malaysia adalah rakaman lama, jadi tiada siasatan dibuat.

Program hiburan, ATNMY panaskan isu SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARU bersiaran untuk episod pertama, program terbaharu terbitan Astro All Together Now Malaysia (ATNMY) dihujani dengan kecaman netizen.

Tak payah tunggu lama, Astro ambil pendekatan mudah menggantung siaran program tersebut buat sementara waktu bagi memberi laluan kepada Majlis Keselamatan Negara melakukan siasatan. Semuanya selepas tular dakwaan mengatakan program tersebut melanggar prosedur operasi standard (SOP). Hebat betul penangan netizen ya.

Tidak cukup dengan isu semua artis terlibat, termasuk 50 selebriti juri tidak memakai pelitup muka, ada juga netizen berpendapat konsep rancangan tersebut tidak sensitif dengan isu semasa.

Biarpun polis dan MKN mengatakan ATNMY dirakam ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, namun netizen tetap tidak bersetuju konsep rancangan tersebut dilakukan.

“Petugas barisan hadapan bersengkang mata, berpanas dalam peralatan perlindungan diri (PPE) tetapi anda semua berjoget sakan,” tegur seorang netizen dalam media sosial.

“Walaupun jarak mereka satu meter, tetapi mengapa tiada pelitup muka? Di mana SOP?,” komen seorang pengguna Twitter.

“Sudahlah tidak memakai pelitup muka, pengacara pula pergi ke setiap meja juri, sangat rapat! Takziah SOP,” luah seorang lagi netizen.

MIZZ LAHAR: Seorang juri ATNMY, Kelly Azman turut menerima kecaman netizen. Ramai berpendapat dia tiada kelayakan untuk menilai para peserta. Berbakul-bakul dia terima kecaman.

POPULAR