fbpx

Peperiksaan PSRA dibatalkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) yang dijadualkan pelaksanaan pada 23 hingga 27 Ogos depan dibatalkan.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, keputusan pembatalan itu berikutan pelaksanaan ‘lockdown’ fasa pertama di seluruh negara.

Katanya, ini juga disebabkan trend penularan dan peningkatan jangkitan serta jumlah kematian yang tinggi akibat Covid-19 di Selangor.

“Situasi membimbangkan dan tidak menentu ini memerlukan inisiatif JAIS bagi memastikan kesan dari fakta Covid-19 di negeri ini tidak menjadi penyebab boleh menggugat keselamatan kesejahteraan selain kesihatan pelajar, guru, petugas, ibu bapa dan seterusnya masyarakat umum.

“Justeru, JAIS akan melaksanakan kaedah pentaksiran baharu yang setara dan seimbang sebagai ganti kepada peperiksaan PSRA sesuai dengan syarat dan kriteria ditetapkan bagi pemilihan pelajar untuk ke Tingkatan 1 di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) sesi kemasukan tahun 2022,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, JAIS berpandangan bahawa pembelajaran formal yang tidak dapat dijalankan seperti biasa akan memberi impak yang besar terhadap kemampuan guru dan pelajar dalam menghadapi persediaan peperiksaan PSRA mengikut format dan protokol peperiksaan seperti lazimnya.

“JAIS menzahirkan penghargaan kepada guru-guru Sekolah Rendah Agama Negeri Selangor yang telah mengambil pelbagai inisiatif dan kaedah yang bersesuaian dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran (PdP) semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” jelasnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI