fbpx
Gambar hiasan

KPM nafi keluarkan gred skala SPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan (KPM) menafikan bahawa ‘Skala Gred SPM’ yang tular di media sosial adalah miliknya.

KPM dalam satu kenyataan berkata, susulan kejadian itu, pihaknya telah membuat laporan polis pada pukul 10.31 malam ini kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi siasatan lanjut.

Tangkap layar yang tular di media sosial hari ini.

“Skala gred tersebut menggambarkan seolah-olah ia gred permarkahan boleh mengelirukan orang ramai, terutamanya ibu bapa dan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020.

“Hantaran tersebut mencemar imej, kewibawaan dan kredibiliti Lembaga Peperiksaan sebagai badan pentaksiran negara dan menggugat ketenteraman awam,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, tular di laman Facebook Mamamia hari ini mengenai ‘Skala Gred SPM’ dengan kapsyen “Patut aku pelik budak2 sekarang berderet A.” dan “#bilasekolahdipolitikkan”.-K! ONLINE