fbpx

Tinggal nota sebelum terjun sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba membawa mayat mangsa lemas selepas terjun ke dalam sungai di Kampung Bukit Tereh, Muar, Johor hari ini. Foto IHSAN BOMBA

MUAR – Seorang pemuda yang dipercayai mengalami tekanan perasaan ditemui mati lemas selepas terjun ke dalam sungai di Kampung Bukit Tereh, di sini, tengah hari tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar, Timbalan Penguasa Bomba II Shahrizal Mokhtar berkata, mangsa yang berusia 33 tahun itu ditemui terapung pada pukul 1.40 tengah hari selepas dilaporkan hilang sejak petang semalam.

“Kami menerima laporan mengenai kehilangan mangsa yang dikhuatiri lemas selepas dia bertindak terjun dari sebuah bot pada pukul 6.40 petang semalam.

“Seorang saksi yang juga nelayan di kawasan itu memaklumkan melihat mangsa sedang mendayung bot sebelum tiba-tiba dia bertindak terjun ke dalam sungai,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Shahrizal yang juga ketua operasi berkata, mangsa dipercayai bertindak demikian berikutan mengalami tekanan perasaan berdasarkan penemuan nota ditinggalkan selain maklumat dari ahli keluarga. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI