fbpx
Seorang penduduk lalu di koridor rumah seorang penghuni yang dipenuhi barangan terpakai di sebuah flat di George Town semalam.

Penghuni tak tunai janji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Seorang penghuni lelaki yang menjadikan koridor rumahnya di Flat Bukit Gedung, Bayan Baru di sini sebagai tempat timbunan barang lusuh masih berdegil dan tidak mengendahkan arahan pihak berkuasa tempatan.

Lelaki berusia dalam lingkungan 40-an itu diberikan masa tiga hari oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) untuk membersihkan laluan pejalan kaki.

Penghuni rumah itu sebaliknya hanya mengemas satu pertiga daripada barangan di tingkat empat tersebut.

Tinjauan Kosmo! mendapati masih terdapat banyak bara­ngan seperti tayar motosikal dan pakaian lusuh diletakkan di laluan berkenaan.

Difahamkan, lelaki itu memberi alasan melawat keluarga­nya yang sakit.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Shahrul, 39, berkata, penghuni itu dilihat kerap mundar-mandir di kawasan flat setiap hari. 

“Sejak kehadiran pihak berkuasa, dia dilihat membawa turun beberapa sahaja barangan terpakai sahaja dan diletakkan di tingkat bawah berdekatan tempat letak motosikal.

“Kami (penduduk) tidak berani menegurnya supaya membersihkan halaman rumahnya. Silap langkah, kami pula yang ditengking nanti,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Pengarah Pesuruhjaya Bangunan MBPP, Nik Ariff Long Dir berkata, pihaknya akan mengunjungi rumah itu sekali lagi jika penghuninya masih berdegil.

“Sekiranya penghuni masih gagal mematuhi arahan pihak pengurusan, kita akan turun bantu mereka menyelesaikan masalah ini dalam masa terdekat,” katanya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang penghuni flat diberi tempoh tiga hari untuk membersihkan korodor yang dipenuhi barangan terpakai sekaligus mengganggu penduduk yang menggunakan laluan tersebut setiap hari.

 

Artikel berkaitan:

https://www.kosmo.com.my/2021/06/04/timbunan-barang-lusuh-hampir-cecah-siling-flat/