fbpx

GPN 4.80 SPM 2020 tertinggi dalam tempoh lima tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Radzi

PETALING JAYA – Gred Purata Nasional (GPN) 4.80 yang dicatat bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 merupakan yang terbaik dalam tempoh lima tahun.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, ia merupakan pencapaian terbaik dalam tempoh lima tahun apabila GPN bagi SPM 2016 ialah 5.05, 217 (4.90), 2018 (4.89) dan 2019 (4.86).

Selain itu, katanya, seramai 88.68 peratus daripada 401,105 calon berdaftar bagi SPM 2020 layak menerima sijil peperiksaan tersebut.

“Ia tinggi 1.96 peratus berbanding SPM 2019 yang mencatatkan 86.72 peratus,” katanya pada sidang akhbar pengumuman 2020 hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI