fbpx

Golongan terjejas pendapatan layak tangguh bayar PTPTN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) selama tiga bulan seperti diumumkan kerajaan semalam diberikan kepada peminjam yang kehilangan serta terjejas pendapatan mereka.

Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata, peminjam perlu mengemukakan permohonan secara dalam talian di www.ptptn.gov.my/penangguhanpkp3.0 mulai 10 Jun sehingga 31 Ogos depan.

Katanya, tiada sebarang dokumen sokongan diperlukan semasa permohonan.

“Penangguhan bayaran balik ini adalah untuk tempoh tiga bulan bermula pada bulan permohonan diluluskan dan dua bulan ke hadapan di antara Jun hingga Oktober 2021.

“Kelulusan penangguhan akan dimaklumkan kepada peminjam melalui e-mel dalam tempoh tiga hari bekerja dari tarikh peminjam mengemukakan permohonan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Dasuki berkata, peminjam perlu mengemas kini maklumat perhubungan yang tepat dan terkini bagi memastikan maklumat berkenaan kelulusan permohonan penangguhan dapat disampaikan kepada mereka.

“Peminjam yang tidak terkesan boleh meneruskan pembayaran balik pinjaman mereka melalui saluran yang telah disediakan,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, hubungi talian Careline PTPTN di 03-2193 3000 pada hari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang atau melayari laman web www.ptptn.gov.my di ruangan Soalan Lazim. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI