fbpx

3 rakyat Palestin maut dibedil tentera Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tunjuk perasaan tercetus di Pagar Damascus yang turut menyaksikan beberapa pertembungan turut berlaku baru-baru ini. - AFP

RAMALLAH – Tiga penduduk Palestin maut dibedil pasukan tentera khas Israel yang dalam misi tangkapan pengganas di utara Tebing Barat awal pagi ini, kata sumber di kedua-dua pihak.

Salah seorang mangsa yang terbunuh disyaki melakukan serangan hendap ke atas tentera Israel, kata seorang pegawai keselamatan Israel.

Dua yang lain adalah anggota pasukan keselamatan Pihak Berkuasa Palestin yang menyaksikan kejadian berbalas tembakan selepas itu.

Seorang pegawai keselamatan Israel memberitahu AFP bahawa pasukan khas berada di Jenin dalam usaha menangkap dua pengganas yang telah melakukan serangan hendap berkenaan.

“Seorang penduduk Palestin yang melepaskan tembakan ke arah tentera Israel telah ditembak mati,” katanya.

Kementerian kesihatan Palestin mengesahkan identitinya sebagai Jamil al-Amuri.

Menurut pegawai Israel, selepas insiden tembakan awal, penduduk Palestin di tempat kejadian melepaskan tembakan ke arah pasukan Israel dan mengakibatkan dua lagi maut.

Pegawai keselamatan Palestin mengenal pasti kedua-duanya sebagai anggota jabatan perisik tentera Pihak Berkuasa Palestin, Adham Eleiwi dan Taysir Issa.

Tiada anggota pasukan Israel yang cedera dalam kejadian itu, kata pegawai itu kepada AFP. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI