fbpx

23 lagi kes melibatkan VOC dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 23 lagi kes varian baharu virus SARS-CoV-2 melibatkan Variant of Concern (VOC) terdiri daripada 19 kes varian Beta (B.1.351) dan empat kes varian Delta (B.1.617.2) di Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, 19 kes varian Beta (B.1.351) tersebut merangkumi lapan kes di Selangor, tiga kes di Putrajaya, masing-masing dua kes di Kuala Lumpur, Melaka dan Kedah serta masing-masing satu kes di Perak dan Perlis.

“Manakala empat kes baharu bagi varian Delta (B.1.617.2) adalah masing-masing dua di Putrajaya dan Kuala Lumpur menjadikan jumlah kes dijangkiti VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 161 kes,” katanya dalam kenyataan pada Facebook beliau di sini hari ini.

Beliau berkata, daripada 161 kes yang dikesan itu, sebanyak 145 kes adalah VOC dan 16 kes adalah VOI.

“VOC yang dilaporkan melibatkan 123 kes adalah varian Beta (B.1.351) yang kesemuanya kes jangkitan tempatan serta 13 kes varian Delta (B.1.617.2) iaitu lapan kes jangkitan import dan tiga kes jangkitan tempatan.

“Selain itu, sembilan kes adalah varian Alpha (B.1.1.7) yang membabitkan lima kes jangkitan import dan empat kes jangkitan tempatan,” katanya.

Ujarnya lagi, 16 kes VOI yang dilaporkan terdiri daripada 12 kes varian Theta (P.3) iaitu kesemuanya kes jangkitan tempatan, tiga kes varian Eta (B.1.525) kesemuanya kes jangkitan import serta satu kes varian Kappa (B.1.617.1) melibatkan jangkitan import. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI