fbpx

100 individu penerima awal vaksin pandu lalu di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

IPOH – Seramai 100 individu menjadi penerima terawal suntikan vaksin Covid-19 menerusi perkhidmatan secara pandu lalu di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Stadium Indera Mulia di sini hari ini.

PPV secara pandu lalu itu merupakan perkhidmatan pertama di negeri ini di mana Kinta dipilih melaksanakan perkhidmatan itu.

Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad berkata, ketika ini perkhidmatan pandu lalu dihadkan kepada penerima vaksin dos kedua sahaja kerana melibatkan proses yang lebih ringkas.

Katanya, jumlah penerimanya bagaimana pun dijangka meningkat mengikut perkhidmatan kemahiran pasukan yang mengendalikan urusan itu.

“Idea suntikan secara pandu lalu ini bagi meringankan cabaran warga emas yang perlu beratur dalam keadaan berkerusi roda, bertongkat dan memerlukan perhatian sepanjang proses penerimaan vaksin.

“Melalui pertambahan perkhidmatan ini, dijangka ia akan meningkatkan jumlah penerima vaksin di PPV ini dengan bilangan 2,500 penerima sehari,” katanya dalam sidang akhbar selepas melawat PPV secara pandu lalu di Stadium Indera Mulia di sini hari ini.

Menurut Saarani, pihaknya akan melihat keperluan menyediakan perkhidmatan sama di daerah atau lokasi lain bagi mempercepatkan jumlah penerima vaksin di negeri ini khususnya meliputi lokasi bagi mengelakkan kesesakan ekoran penerima perlu melalui beberapa ‘check-point’.

“Berdasarkan reaksi orang ramai, mereka gembira kerana mempunyai pilihan sama ada melalui pandu lalu atau ambil suntikan di stadium selain lebih mudah,” katanya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI