fbpx

Sistem daftar vaksin tidak gagal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Menteri Penyelaras Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) , Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyangkal keras dakwaan pihak pembangkang kononnya sistem pendaftaran vaksinasi ketika ini sebagai lemah.

Sebaliknya beliau berkata, kelewatan segelintir warga emas untuk menerima tarikh janji temu imunisasi menerusi aplikasi MySejahtera sebenarnya sedang serius ditangani pihak berkaitan.

Daripada maklumat diterima ujarnya, hampir 60 peratus warga emas di seluruh negara sudah berdaftar dan beliau memberi jaminan, mereka akan dapat tarikh vaksinasi secepat mungkin.

“Saya sedia menerima segala bentuk kritikan dan saranan bernas daripada mana-mana pihak, namun untuk dakwa sistem digunakan sebagai gagal, itu tidak benar sama sekali,” katanya dalam sidang akhbar bersama-sama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba di sini hari ini.

Beliau merujuk kenyataan bekas menteri, Yeo Bee Yin yang kesal dengan Pasukan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) lewat menyenaraikan warga emas bagi proses janji temu vaksinasi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI