fbpx

Jururawat rugi RM94,000 diperdaya individu menyamar ‘pegawai’ LHDN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PORT DICKSON – Seorang jururawat kerugian RM94,000 selepas diperdaya sindiket “Macau Scam” yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerusi panggilan telefon.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Aidi Sham Mohamed berkata, mangsa berusia 31 tahun itu membuat laporan polis pada Sabtu lalu, memaklumkan menerima panggilan telefon menerusi nombor talian mudah alih oleh individu yang memperkenalkan diri daripada LHDN.

“Individu itu memaklumkam mangsa mempunyai tunggakan cukai sebanyak RM38,600.90 atas syarikat yang didaftarkan atas nama mangsa.

“Mangsa menafikan perkara tersebut dan panggilan telah disambungkan kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuantan untuk tujuan membuat laporan polis secara dalam talian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Aidi Sham

Jelas Aidi Sham, mangsa kemudiannya telah bercakap dengan pegawai polis yang didakwa berpangkat Asisten Komisioner (ACP) dan meminta mangsa memuat naik pautan aplikasi MyBNM.

“Dalam aplikasi tersebut pengadu iaitu jururawat telah memasukkan butiran nama dan nombor kad pengenalan miliknya.

“Aplikasi ini dikatakan untuk tujuan keselamatan supaya wang dalam akaun mangsa tidak ditolak untuk tunggakan cukai seperti didakwa,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, bagaimanapun apabila mangsa membuat semakan dengan pihak bank didapati wang simpanan di dalam salah satu akaun miliknya telah dipindahkan.

“Wang tersebut telah dipindahkan ke beberapa akaun yang tidak dikenali menerusi 11 transaksi dengan jumlah keseluruhan RM94,000,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI