fbpx

Lelaki ditemui maut gantung diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

BEAUFORT – Seorang lelaki ditemui mati tergantung oleh teman wanitanya dalam kejadian di sebuah rumah sewa Jalan Beaufort Jaya hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, lelaki berusia 20 tahun terbabit ditemui ketika teman wanitanya berusia 21 tahun pulang dari tempat kerja.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, sepasukan anggota dan pegawai dikerah ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.

Jelasnya, siasatan awal mendapati kali terakhir teman wanita mangsa melihat lelaki terbabit pada pukul 8.30 pagi hari ini ketika dia pulang dari bekerja.

“Teman wanita lelaki itu kemudiannya pergi bekerja sebelum menyedari kejadian itu ketika pulang ke rumah berkenaan kira-kira pukul 2.30 petang tadi.

“Siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar lelaki itu menggantung diri,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam pada itu, Yusoff Zaki berkata, mayat lelaki berkenaan sudah dihantar ke Hospital Beaufort untuk proses bedah siasat.

Menurut beliau siasatan lanjut sedang dijalankan dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI