fbpx

Anak, isteri positif kerana suami kontak rapat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki dikuarantin di rumah selepas isteri dan anaknya didapati positif Covid-19 di Kampung Pagi di Jerantut, Pahang hari ini.

JERANTUT – Seorang lelaki yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19 tidak menyangka anak dan isterinya yang hanya tinggal di rumah pula positif Covid-19 sedangkan dia didapati bebas daripada virus berbahaya berkenaan.

Dikenali dengan panggilan Mat, lelaki berusia 45 tahun dari Kampung Pagi itu berkata, isteri dan dua anaknya yang berusia 15 dan 19 tahun disahkan positif Covid-19 selepas saringan dilakukan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Pagi di sini.

“Saya berasa agak hairan kerana anak dan isteri saya yang positif sedangkan mereka hanya berada di rumah, mungkin saya menjadi pembawa tetapi tidak bergejala yang menyebabkan menjangkiti anak dan isteri.

“Alhamdulillah hari ini isteri saya dibenarkan keluar daripada Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Kompleks Sukan Pahang (Sukpa), saya minta semua doakan anak saya yang masih ditempatkan di Hospital Jengka pada masa ini agar pulih dan dapat pulang ke kampung,”katanya di sini, hari ini.

Pelaksanaan PKPD dilaksanakan di Kampung Pagi dari 2 Jun hingga 15 Jun susulan peningkatan kes Covid-19 daripada Kluster Kampung Pagi. Sehingga semalam difahamkan terdapat 44 kes positif direkodkan di kampung berkenaan dan terdapat satu kematian setakat ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI