fbpx
SANCHO menjadi buruan United sejak sekian lama dan perkembangan terbaharu bakal menyaksikan pemain itu semakin menghampiri Old Trafford. – AFP

United makin hampir ikat khidmat Sancho

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Manchester United dilaporkan kembali membuka rundingan bersama Borussia Dortmund dan semakin hampir untuk memenuhi permintaan pasukan itu bagi mendapatkan pemain buruan, Jadon Sancho.

Pemain sayap itu dilaporkan sudah sedia kembali ke negara asalnya selepas mempamerkan aksi cemerlang di Bundesliga dan difahamkan urusan perpindahan tersebut akan diselesaikan sebelum bermulanya saingan Euro 2020 pada 12 Jun nanti.

“Pintu rundingan kembali dibuka dan United percaya mereka mampu untuk mendapatkan Sancho dengan harga yang lebih rendah berbanding nilai yang diminta oleh Dortmund sebelum ini.

“Perbincangan kira-kira 12 bulan lalu tertangguh ekoran Dortmund meletakkan nilai £110 juta (RM643.18 juta) tanpa diskaun untuk mereka melepaskan Sancho tetapi kini mereka lebih realistik mengenai harga sebenar pemain itu.

“Bagaimanapun, rundingan mengenai nilai masih berlangsung antara kedua-dua kelab dan kemungkinan United dipercayai menyediakan dana sebanyak £80 juta (RM467.77 juta) sahaja untuk membawa Sancho ke Old Trafford.

“Dortmund dilaporkan bersedia untuk menerima baki £20 juta (RM116.94 juta) lagi dalam bentuk bayaran tambahan berdasarkan beberapa terma lain,” menurut sumber yang rapat dengan United.

Sancho pula dilaporkan sudah lama bersedia untuk kembali ke England dan terma peribadi bersama United sudah dipersetujui sejak jendela perpindahan musim panas lalu lagi.

“United mahu segera perjanjian ini dimeterai, sebelum bermulanya saingan Euro 2020 kerana bimbang harga Sancho akan me­lambung lagi jika dia mempamerkan aksi cemerlang di sana.

“Selain itu, prestasi memuncak pada kejohanan itu nanti memungkinkan United berdepan cabaran apabila pasti banyak pasukan yang cuba mendapatkan khidmatnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN