fbpx

Rezeki Pizza Ukhwah ketika PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Hafiz yakin dengan kelembutan roti piza yang dapat memikat hati pelanggannya. /FOTO ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.

SEREMBAN: Ketika banyak peniaga yang terkesan ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tidak dapat dinafikan sektor jualan makanan masih mampu bertahan dan mendapat permintaan.

Ketika orang ramai banyak menghabiskan masa di rumah susulan PKP, permintaan jualan makanan sentiasa meningkat terutama yang menawarkan perkhidmatan penghantaran terus ke rumah pelanggan.

Tidak terkecuali, kedai makanan segera, Pizza Ukhwah yang terletak di Batu 8, Jalan Pantai dekat sini yang diusahakan oleh pasangan suami isteri, Mohd. Hafiz Ahmad, 37, dan Nurhayati Ismail, 40.

Menurut Mohd. Hafiz, dia memulakan perniagaan menjual piza pada bulan Julai tahun lalu ketika dalam tempoh PKP.

Mohd. Hafiz dan Nurhayati menyiapkan piza yang ditempah pelanggan mereka ketika ditemui di kedai Pizza Ukhwah, Batu 8, Jalan Pantai, Seremban, baru-baru ini. /FOTO ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.

“Walaupun dalam tempoh PKP, jualan agak memberangsangkan yang mana ia mampu mencapai jualan sehingga 80 piza sehari.

“Kemungkinan kerana orang duduk di rumah dan mereka mahu makan makanan seperti piza dan mereka lebih selesa membuat tempahan secara dalam talian sahaja,” katanya ketika ditemui Kosmo!, di sini kelmarin.

Ujarnya, terdapat 11 jenis piza yang dibuatnya sendiri dan dijual antara RM10 hingga RM22.

“Saya jadikan kedai saya ini sebagai tempat untuk membakar piza dan menerima tempahan pelanggan. Memang menjadi hasrat untuk membuka kedai supaya pelanggan dapat ‘dine-in’ namun terbantut dek PKP.

“Bagaimanapun, Alhamdulillah permintaan amat baik, piza kena dengan selera orang di sini. Mungkin kelembutan roti piza menyebabkan ia sentiasa menjadi pilihan,” katanya.

Beliau menjadikan slogan ‘Roti Paling Lembut Di Seremban’ untuk kedai Pizza Ukhwah yang diusahakannya itu boleh ditempah melalui laman sosial Facebook: Pizza Ukhwah. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI