fbpx

Penduduk dilarang keluar dari kawasan PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
A. Asmadi (kiri) menggunakan pembesar suara bagi mengarahkan penduduk agar kekal duduk di rumah ketika meninjau kawasan PKPD, hari ini. /FOTO ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH – Penduduk di tiga perkampungan di Manjoi dalam Mukim Kinta yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula hari ini diingatkan agar tidak menyelinap keluar dari kawasan berkenaan.

Tiga kawasan berkenaan ialah Kampung Jelapang Baru, Kampung Sungai Tapah dan Kampung Datuk Ahmad Said Tambahan 2.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, kerjasama penduduk diperlukan bagi menyalurkan maklumat sekiranya melihat ada individu cuba keluar termasuk menggunakan laluan tikus.

Katanya, tindakan tegas juga akan diambil di bawah kanun keseksaan mahupun ordinan darurat sekiranya didapati penduduk cuba melakukan khianat dengan merosakkan kawat duri, halangan mahupun tali kuning polis yang dipasang di kawasan berkenaan.

“Hari ini misalnya polis terima dua tiga maklumat mengenai kes cuba keluar dari sini.

“Kita ingatkan bahawa tindakan tegas akan diambil dan kompaun juga akan dikeluarkan. Oleh itu, jangan sewenang-wenangnya melakukan aktiviti yang tidak dibenarkan dan melanggar arahan,” katanya selepas meninjau Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di sini, hari ini.

Menurut beliau, pihaknya telah mengenal pasti lebih 10 laluan tikus di tiga lokaliti itu dan akan menutup laluan tersebut dengan kawat duri dan tali kuning polis. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI