fbpx

Video tular: Orang Korea nyanyi lagu Aina Abdul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA jejaka Korea memuat naik video ke dalam YouTube menyanyikan lagu Aina Abdul.

KEHEBATAN Aina Abdul dalam membuat persembahan dan menyampaikan sesebuah lagu tidak perlu dipertikaikan lagi.

Peminatnya pula bukan sahaja terdiri daripada orang Malaysia, malah hadir dari beberapa buah negara lain, termasuklah Korea Selatan.

Hal tersebut terbukti apabila dua jejaka Korea Selatan menyanyikan semula lagu Semalam dan Sepi milik Aina serta dimuat naik dalam saluran YouTube mereka, Hoondoo TV.

Menariknya, jejaka yang dikenal sebagai Hoon dan Jisoo itu menyanyikan lagu Semalam dalam bahasa Malaysia!

Rata-rata netizen berpendapat nyanyian semula tersebut membuktikan Aina antara penyanyi hebat tanah air sehingga karyanya dinyanyikan semula oleh rakyat negara lain.

Sebelum ini, Aina juga pernah menyanyikan semula singlenya, Sepi dalam bahasa Korea dan mendapat reaksi memberangsangkan daripada rakyat negara tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI