fbpx

SMK CBN tidak teruskan semakan kehakiman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Isu pajakan tanah antara pengelola Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas (SMKCBN), Lady Superior dan Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan (PPTGWP) bagi mengekalkan lokasi sekolah itu di Jalan Bukit Nanas di sini akhirnya selesai.

Ia berikutan apabila selepas kerajaan bersetuju untuk memanjangkan tempoh pegangan pajakan itu selama 60 tahun kepada Lady Superior.

Peguam, Damien Chan yang mewakili sekolah itu ketika dihubungi media berkata, pihaknya menerima surat daripada PPTGWP membabitkan hal itu, Isnin lalu.

“Berdasarkan perkembangan terbaharu itu, kami memfailkan notis untuk tidak meneruskan prosiding semakan kehakiman,” katanya.

Pada 7 April lalu, Lady Superior selaku pemohon memfailkan semakan kehakiman dengan menamakan Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan selaku responden selepas pajakan mereka yang akan berakhir 6 September ini tidak diperbaharui.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Noorin Badaruddin pada 19 April lalu memberikan kebenaran kepada Lady Superior untuk memulakan semakan kehakiman untuk mencabar keputusan tersebut.

Menurut afidavit yang difailkan, sekolah terbabit memfailkan semakan tersebut atas alasan antara lainnya keputusan kerajaan untuk tidak memperbaharui pajakan berkenaan melanggar hak kebebasan asasi dan hak untuk mendapat pendidikan.

Sehubungan itu, sekolah terbabit antara lain memohon satu perintah certiorari untuk membatalkan keputusan Pejabat Tanah dan Galian untuk tidak memanjangkan tempoh pajakan.

Bagaimanapun, pada 22 April lalu, kerajaan bersetuju tempoh pegangan pajakan tanah tapak sekolah itu yang akan tamat pada 6 September 2021 dilanjutkan untuk tempoh 60 tahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI