fbpx

Finas buru 38 penerbit culas bayar hutang DKD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FINAS mengenal pasti para penerbit yang masih gagal melunaskan janji filem yang menggunakan dana kerajaan.

PETALING JAYA – Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) berjaya mengesan 39 penerima inisiatif Dana Kandungan Digital (DKD) bernilai RM30 juta yang gagal menyiapkan filem dijanjikan sejak 2015.

Pengerusi Finas, Zakaria Abdul Hamid, berkata sebanyak 21 syarikat dan 18 individu sudah memberikan kerjasama dengan bertemu pegawai di perbadanan itu bagi membincangkan tindakan selanjutnya.

“Sebenarnya, pada fasa awal kami memburu 58 penerima dana ini dengan 39 daripadanya datang mengemukakan rancangan, sama ada menyempurnakan projek atau melunaskan hutang.

“Daripada jumlah itu, 19 syarikat dan individu tampil mengemukan perancangan filem mereka selepas Finas mengeluarkan surat tuntutan menyiapkan projek yang dibiayai kerajaan.

ZAKARIA ABDUL HAMID

“Bagi pihak yang gagal menyiapkannya, kita minta bayar semula dana disalurkan supaya dapat digunakan pula oleh penerbit filem lain pada masa akan datang

“Begitu pun kita masih bertolak ansur dan enggan membebankan mereka dengan memberi peluang melunaskan bayaran secara ansuran,” katanya kepada Kosmo!

Katanya, senarai berkenaan membabitkan pembiayaan antara tahun 2015 hingga 2019 dengan hanya 15 saja daripadanya tidak berjumpa pihak Finas untuk mencari penyelesaian.

“Daripada jumlah itu, 11 syarikat menerima notis penamatan dan tuntutan bagi menjelaskan hutang masing-masing manakala
17 penerima lain akan dikenakan tindakan perundangan mikro.

“Empat syarikat pula bakal dikenakan tindakan undang-undang selain satu syarikat dikategorikan di bawah projek bermasalah serta satu lagi syarikat lain diberi surat peringatan,” katanya.

Zakaria berkata, kes membabitkan baki lima syarikat lain kini disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pada masa sama, Zakaria menegaskan usaha Finas ini menunjukkan pihaknya serius menyelesaikan isu dana terbabit yang disalurkan untuk membantu warga filem, bukannya mengambil insentif itu tanpa sebarang produk dijanjikan.

“Finas sentiasa memantau perkembangan setiap penerima dana sekali gus akan mengejar mereka yang culas daripada melaksanakan tanggungjawab.

FFM31 dijangka akan berlangsung pada Oktober nanti dengan konsep penganjuran patuh SOP.

Sementara itu, Zakaria turut mengumumkan penganjuran Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-31 yang dijangka diadakan pada Oktober ini selepas tertangguh tahun lalu berikutan penularan pandemik Covid-19.k

Katanya, kaedah penganjuran majlis anugerah untuk menghargai sumbangan warga perfileman tanah air itu akan diadakan mengikut norma baharu bersandarkan situasi semasa.

“Ini baru cadangan awal. Setakat ini kita belum memutuskan sama ada mengendalikannya secara langsung pada malam kemuncak dengan kapasiti 150 penonton saja atau hanya menerusi virtual.

“Apa pun paling penting kita tengok dulu keadaan pandemik semasa selain menunggu perkembangan lanjut memandangkan penularan ini bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan.

“Ikut perancangan FFM31 dibahagikan kepada dua sesi iaitu kategori utama untuk siaran langsung, manakala kategori bukan utama dirakamkan dengan masih mengekalkan Prosedur Operasi Standard (SOP).

“Biar apa kaedah, kita mahu penganjuran anugerah tahunan ini diingati sebagai wadah penghargaan kepada seluruh penggiat industri sekali gus suntikan semangat untuk terus berjuang,” katanya kepada Kosmo!

Terdahulu, FFM31 sepatutnya dijadualkan berlangsung pada 18 April tahun lalu bertemakan Inspirasi Senimaku: Tanpa Sempadan.

Dalam edisi berkenaan, sebanyak 67 filem terbitan 2019 dipertandingkan membabitkan 28 kategori dengan 12 daripadanya akan diumumkan pada malam kemuncak. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI