fbpx

Mesir akan lebarkan Terusan Suez

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IMEJ satelit oleh Maxar Technologies menunjukkan kapal kargo MV Ever Given terkandas di Terusan Suez pada 28 Mac lalu. - AFP

KAHERAH – Pihak Berkuasa Terusan Suez (SCA) mengumumkan akan melebarkan laluan di selatan terusan berkenaan bagi memastikan tiada lagi insiden kapal terkandas di masa hadapan, lapor saluran berita CNN kelmarin.

Kerja-kerja melebar dan mendalamkan terusan itu sudah dimulakan sejak pertengahan Mei lalu.

Projek itu melibatkan kawasan sepanjang 30 kilometer yang akan dilebarkan sebanyak 40 meter, manakala kedalamannya ditambah menjadi 22 meter berbanding 20 meter sebelum ini, demikian menurut SCA.

Rancangan itu juga termasuk melebarkan lorong kedua sejauh 10 kilometer berhampiran Tasik Great Bitter yang dibuka pada 2015 bagi membolehkan lalu lintas di Terusan Suez menjadi dua hala sepanjang perjalanan sejauh 82 kilometer.

“Pengubahsuaian terusan ini bertujuan untuk memaksimumkan kecekapan dan memendekkan waktu transit kapal di samping meningkatkan keselamatan pelayaran,” kata SCA dalam satu kenyataan akhbar.

Namun begitu, masih timbul persoalan adakah pengubahsuaian itu mencukupi untuk mengelak berlakunya insiden kapal terkandas pada masa hadapan.

“Melebarkan Terusan Suez adalah langkah bijak.

“Persoalan saya sekarang jika terusan ini dilebarkan, adakah pengusaha kapal tidak akan membuat kapal lebih besar di masa hadapan?”, kata ahli sejarah maritim Universiti Campbell, Sal Mercogliano.

Menurut syarikat insurans perkapalan Allianz, sejak 50 tahun lalu kapasiti kapal kontena terbesar telah meningkat sebanyak 1,500 peratus.

Kapal terbesar boleh membawa sehingga 24,000 kontena.

Pada Mac lalu, kapal kargo MV Ever Given yang membawa 18,000 kontena terkandas di Terusan Suez selama enam hari.

Insiden itu menyebabkan perdagangan global mengalami kerugian berbilion dolar sehari.

Terusan Suez mengendalikan sekitar 12 peratus kapasiti perdagangan global, manakala kira-kira 19,000 kapal melaluinya pada setiap tahun.

Perluasan yang dicadangkan oleh SCA akan membantu mengurangkan risiko kapal terkandas, namun tidak akan menamatkannya secara total, kata profesor Jabatan Pengajian Maritim Universiti Piraeus, Ioannis Theotokas

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI