fbpx

Makhluk asing dirakam merayau-rayau di India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Makhluk aneh itu mempunyai tangan dan kaki yang panjang, berkulit pucat serta mempunyai tubuh badan yang amat kurus dan tinggi. - Jam Press/Newslions/Daily Star

JHARKLAND, INDIA – Satu lembaga yang kelihatan seperti robot manusia kononnya dirakam sedang merayau-rayau di sebatang jalan di India, lapor akhbar Daily Star semalam.

Rakaman itu menimbulkan tanda tanya dalam kalangan penduduk setempat mengenai identiti sebenar lembaga tersebut.

Kelibat makhluk aneh itu dirakam sedang berjalan di sebuah jambatan pada waktu malam berdekatan dengan Empangan Chadwa di Jharkland.

Dalam video yang tular itu, makhluk tersebut dilihat mempunyai tangan dan kaki yang panjang, berkulit pucat serta mempunyai tubuh badan yang amat kurus dan tinggi.

Beberapa penunggang motosikal turut dilihat menjauhi makhluk tersebut ketika ia berhenti dan merenung ke arah mereka sebelum meneruskan perjalanannya.

Beberapa saksi mendakwa makhluk yang dilihat itu berkemungkinan adalah makhluk asing, hantu atau ahli sihir.

Video yang dimuat naik di Twitter itu setakat ini menerima sebanyak 5,000 tontonan selain turut menjadi perdebatan dalam kalangan netizen sama ada ia adalah makhluk paranormal atau sekadar penipuan internet.

“Makhluk apa yang dilihat di Jharkland itu? Ia kelihatan seperti makhluk asing pada saya,” tulis seorang pengguna.

Seorang pengguna lain pula berpendapat lembaga itu sebenarnya seorang lelaki yang berjalan dalam keadaan berbogel. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI