fbpx

Diserang lapan individu kerana tegur memandu laju

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan serangan lapan individu di Jalan Sungai Jati, Klang.

KLANG – Niat murni seorang lelaki menegur sekumpulan lapan individu memandu laju di kawasan perumahan dibalas dengan serangan menggunakan kayu dan topi keledar dalam kejadian di Jalan Sungai Jati di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 petang itu, kesemua suspek juga bertindak membaling batu dan botol kaca ke dalam rumah mangsa berusia 37 tahun.

Insiden itu tular menerusi video berdurasi 59 saat memaparkan detik-detik kejadian.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, siasatan awal mendapati apabila adik kepada mangsa menegur suspek memandu laju yang boleh menyebabkan sebarang kejadian tidak diingini di kawasan perumahan itu.

Katanya, susulan kejadian mangsa cedera di bahagian kaki kiri manakala adiknya di bahagian muka.

“Bertindak hasil maklumat, polis berjaya memberkas lima individu di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah ini dan tiga lagi di lokasi kejadian selama sejam bermula pukul 9 malam hari sama.

“Dua daripada suspek yang ditahan adalah adik-beradik dengan kesemuanya berusia 20 hingga 30 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu, turut dirampas masing-masing sebuah bagi motosikal jenis dan kereta selain dua topi keledar.

Shamsul Amar menambah, semakan rekod mendapati tiga daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau termasuk seorang daripadanya terlibat 13 kes jenayah sebelum ini.

“Mereka kini direman selama dua hingga tiga hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI