fbpx

Video lelaki lepak tepi landasan kereta api dikecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tindakan lelaki itu melepak di landasan kereta api mengundang reaksi pelbagai netizen.

PETALING JAYA – Seorang lelaki yang dipercayai melepak di landasan kereta api ditegur oleh pemandu kereta api bertugas ekoran bimbang jika berlaku perkara yang tidak diingini berlaku terhadapnya.

Tindakan bahaya lelaki itu dikongsi menerusi satu video berdurasi 37 saat yang memaparkan dia duduk bersendirian di landasan kereta api tersebut selain ada sebuah motor di sisinya.

Menurut pemandu kereta api tersebut, tindakan dilakukan lelaki terbabit amat berbahaya dan boleh mendatangkan kecederaan.

“Dia didakwa menceroboh kawasan itu walaupun ketiadaan kereta api. Kami bimbang dia jatuh ke sungai di bawah landasan.

“Cari penyakit pula dia ini. Tak boleh duduk di sini. Ini bukan jalan raya, ini landasan kereta api. Nanti jatuh bawah baru tahu,” kata pemandu kereta api itu.

Selain itu, rata-rata pengguna laman Facebook meluahkan rasa amarah dan ada juga yang bimbang terhadap lelaki tersebut.

“Jangan marah dia. Telefon sahaja pihak polis sebab kita semua maklum bahawa kawasan landasan kereta api tidak boleh diceroboh. Tindakan lelaki itu buat bahaya. Jika tidak beri pengajaran, esok lusa risau bertambah pula orang yang melepak di situ,” komen Mohamad Ezwan Nordin.

“Macam tiada tempat lain jika mahu mencari ketenangan jiwa, dik. Landasan kereta api juga yang dipilih,” balas Aregeg Chik di laman Facebook. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI