fbpx

Sime Darby Property perluas EEP bantu Komuniti B40

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad AIDIL ALLADIN, salah seorang peserta EEP Sime Darby Property yang berjaya merekodkan peningkatan pendapatan melebihi 100 peratus melalui perniagaan penjualan aksesori automotifnya.

PETALING JAYA – Sime Darby Property Bhd. (Sime Darby Property) telah melaksanakan program pemerkasaan eko­nomi (EEP) sulungnya untuk menyokong komuniti dalam kum­pulan B40 yang menetap di kawasan perbandaran yang dibangunkan Kumpulan.

Seramai 49 peserta yang tinggal di perbandaran Ara Damansara, Bandar Bukit Raja, Bukit Subang dan Putra Heights, Selangor telah berjaya meningkatkan pendapatan mereka sepanjang fasa pertama program yang dijalankan sejak Oktober 2020.

Inisiatif berkenaan telah dijayakan bersama sebuah perusahaan sosial multi nasional, People Systems Consultancy (PSC), yang membawa objektif untuk membasmi kemiskinan, berpandukan agenda di bawah Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pengarah Urusan Kumpulan Sime Darby Property, Datuk Azmir Merican berkata, EEP adalah salah satu daripada komitmen syarikat untuk membina komuniti mampan melalui pertumbuhan yang saksama bagi semua pihak berkepentingan dalam kawasan perbandarannya.

“Kami akan terus menyokong usaha pemulihan ekonomi negara melalui program yang berimpak untuk memberi manfaat kepada semua pihak, terutamanya komuniti B40.

“Pencapaian menggalakkan yang direkodkan daripada program EEP pertama ini memberi keyakinan kepada kami untuk meneruskan program ini di bandar-bandar lain yang dibangunkan bagi memanfaatkan le­bih ramai anggota masyarakat,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini.

Program berkenaan, antara lain melengkapkan peserta dengan ilmu dan selok-belok penggunaan media sosial untuk meningkatkan perniagaan serta membina kemahiran mereka dalam e-dagang.

Sepanjang tempoh program, peserta melalui pelbagai kursus latihan online, termasuk dalam pengurusan kewangan, inovasi perniagaan dan analisis data yang diikuti bimbingan berstruktur selama tiga bulan melalui perbualan telefon.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI