fbpx

Polis berkas empat lelaki rusuh bersenjata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular memaparkan seorang lelaki memegang sebilah pedang samurai dalam kejadian di Taman Sentosa, Klang

KLANG – Polis memberkas empat lelaki selepas disyaki terlibat dalam rusuhan membabitkan sebilah pedang samurai yang tular di media sosial.

Kesemua suspek berusia 26 hingga 36 tahun itu ditangkap pukul 2 hingga 4 pagi tadi di sekitar Taman Sentosa di sini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, penangkapan mereka hasil laporan polis diterima pukul 6.30 petang, semalam berhubung rusuhan yang tular menerusi video berdurasi 50 saat.

Katanya, berdasarkan rakaman video itu memaparkan seorang lelaki memakai baju putih dan berseluar pendek sedang memegang objek menyerupai sebilah pedang samurai sedang mengejar seorang lelaki lain dalam kejadian di tepi Jalan Dato’ Yusof Shahbudin, Taman Sentosa di sini.

“Kita juga berjaya merampas sebilah parang berhulu hitam hijau, sebuah telefon bimbit jenama Realme serta sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux.

“Usaha memburu seorang lagi suspek dikenali Jacky sedang giat dilakukan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau menjelaskan motif kejadian disyaki melibatkan kes kecurian dengan siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, Shamsul Amar meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menyalurkannya kepada pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Zamrus Zakaria di talian 019-6892777 atau kepada Ibu Pejabat Daerah Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai-balai polis berhampiran. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI