fbpx

Israel eksport senjata lebih RM34 bilion pada 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH kereta kebal Merkava buatan Israel mengambil kedudukan menghala ke arah Genting Gaza pada 19 Mei lalu. - AFP

BAITULMUQADDIS – Eksport ketenteraan Israel mencecah AS$8.3 bilion (RM34.2 bilion) tahun lalu yang didorong oleh peningkatan 15 peratus tempahan berbanding tahun sebelumnya, kata kerajaan Rejim Zionis 

Di sebalik kebimbangkan pandemik koronavirus akan menjejaskan jualan pada 2020, Israel menyatakan bahawa penemuan pasaran baharu membolehkan jualan melonjak AS$1 bilion (RM4.1 bilion) berbanding  2019.

Angka itu kedua tertinggi di belakang tahun 2017 apabila jualan senjata Israel mencecah AS$9.2 bilion (RM37.9 bilion).

“Pada tahun lalu, kami berusaha untuk meningkatkan perjanjian pembelian dan kerjasama dengan rakan kami di seluruh dunia dan kami akan terus berbuat demikian,” Menteri Pertahanan Israel,  Benny Gantz dipetik sebagai berkata dalam satu kenyataan daripada pejabatnya.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, Israel mengeskport sebahagian besar barangan ketenteraan dan senjata  ke negara-negara Asia dan Rantau Pasifik, kata kenyataan tersebut.

Israel juga merupakan pembekal senjata utama kepada Azerbaijan. Tahun lalu, Rejim Zionis dikecam  Armenia kerana menjual senjata kepada Azerbaijan yang terbabit dalam konflik merebut wilayah Nagorno-Karabakh. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI