fbpx

Ibu Neelofa beri keterangan dua jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Kartini.

SHAH ALAM – Ibu kepada selebriti terkenal Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohammed memberikan keterangan selama dua jam berhubung dakwaan memuat naik komen berbaur sensitif terhadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, rakaman keterangan Noor Kartini telah dilakukan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

“Keterangan telah diambil pukul 10 pagi tadi (semalam) dan siasatan akan diteruskan dengan memanggil saksi-saksi lain,” katanya ringkas di sini hari ini.

Difahamkan proses rakaman keterangan itu dilakukan dalam tempoh dua jam sehingga pukul 12 tengah hari.

Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI