fbpx

Tambah satu lagi halangan konkrit di Jelebu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Selain halangan konkrit, tinjauan mendapati batang pokok turut digunakan bagi menghalang orang ramai bagi melalui Jalan Kuala Klawang- Genting Peras dekat sini yang memisahkan sempadan Negeri Sembilan dan Selangor. - Foto MUHAMMAD IZZAT TERMIZIE.

JELEBU – Satu lagi halangan konkrit ditambah di daerah ini iaitu antara Jalan Geylang, Pertang (Jelebu) ke Batu Kikir (Jempol) bagi memastikan tiada pergerakan rentas daerah di laluan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintenden Maslan Udin berkata, halangan konkrit berkenaan sebelum ini telah dilaksanakan di jalan utama antara Kuala Klawang dan Genting Peras yang memisahkan antara sempadan Selangor dan Negeri Sembilan.

Menurutnya, langkah berkenaan diambil bagi memastikan tiada lagi pergerakkan rentas daerah mahupun negeri dikesan di daerah berkenaan sempena perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh atau lockdown Fasa Pertama yang bermula esok.

“Bagi sempadan negeri antara Pahang dan Jelebu pula, tindakan meletakkan halangan telah dilaksanakan polis Pahang.

“Selain tambahan kekal ini, satu lagi sekatan jalan raya (SJR) akan dilaksanakan di kilometer 0.5, Jalan Simpang Pertang-Kuala Pilah,” katanya ketika dihubungi, di sini, tadi.

Maslan berkata, semua pihak dinasihatkan untuk mematuhi prosedur operasi standart (SOP) PKP Penuh yang akan dilaksanakan bermula esok.

“Setakat bulan Mei ini sahaja, sebanyak 30 kompaun kesalahan pelanggaran SOP telah dikeluarkan termasuklah bagi kesalahan rentas negeri dan daerah.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI