fbpx

2 juta belia, penuntut IPT dapat RM150

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kira-kira 2 juta belia, pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) layak menerima kredit bernilai RM150 daripada penyedia perkhidmatan e-tunai menerusi program e-Belia yang pendaftarannya dibuka bermula esok.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bantuan khas secara one-off sebanyak RM500 turut diberi kepada 17,000 pemandu pelancong, 40,000 pemandu teksi, 11,000 pemandu bas sekolah, 4,000 pemandu bas persiaran dan 62,000 ribu pemandu kereta sewa serta e-hailing.

“Bantuan ini yang berjumlah RM68 juta akan disalurkan kepada penerima yang berdaftar pada bulan Julai,” katanya pada perutusan khas Bantuan PKP 3.0 yang disiarkan secara langsung sebentar tadi

Beliau turut menyarankan agensi dan syarikat kerajaaan menawarkan penangguhan bayaran balik pinjaman, pemberian diskaun dan sewa perniagaan kepada penyewa premis.

Selain itu, kerajaan turut melanjutkan pengecualian duti setem Kempen Pemilikan Rumah (HOC) sehingga 31 Disember 2021. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI