fbpx

Nyaris maut digigit buaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gigitan daripada haiwan liar tersebut.

BEAUFORT – Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila bergelut dengan seekor buaya di Sungai Gadong kelmarin.

Mangsa yang dikenali sebagai Kasturi Alang, 53, terpaksa menerima 17 jahitan ekoran kecederaan di bahu dan belakang badan akibat digigit reptilia itu pada pukul 3.30 petang.

Kasturi berkata, kejadian berlaku ketika di ke lokasi itu untuk mencari siput bersama isteri serta ibu mentua.

“Kami kemudiannya berpecah untuk mencari siput.

“Seekor buaya menyerang saya dari arah belakang dan bergelut hampir lima minit sebelum berjaya melepaskan diri.

“Isteri dan ibu mentua yang berada berhampiran tidak dapat berbuat apa-apa , namun saya bersyukur mereka tidak diserang” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kasturi memberitahu, mereka kemudian keluar dari kawasan itu dan pergi ke Klinik Kesihatan Padas Damit bagi mendapatkan rawatan.

Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Beaufort untuk rawatan menerima lanjut.

Kasturi memaklumkan sebelum ini, dia pernah mendengar mengenai kewujudan buaya di kawasan itu tetapi belum pernah berlaku sebarang kejadian serangan haiwan berkenaan.

Lelaki itu sudah dibenarkan pulang selepas menerima rawatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI