fbpx

Penganjur majlis hari jadi dikompaun RM25,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Individu disyaki penganjur dan lapan individu lain yang hadir di majlis tersebut dikenakan kompaun, semalam.

PETALING JAYA – Akibat melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), seorang individu disyaki penganjur majlis sambutan ulang tahun kelahiran dikompaun RM25,000, semalam.

Lapan lagi individu yang turut berada di majlis tersebut di sebuah pejabat di Ara Damansara, turut dikenakan kompaun RM5,000.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, polis melakukan serbuan sekitar pukul 2.50 petang sejurus menerima maklumat berhubung perkara itu daripada orang awam.

“Hasil pemeriksaan mendapati majlis berkenaan diadakan di sebuah bilik dengan sembilan individu, termasuk lima wanita berusia antara 23 hingga 45 tahun, berada di dalamnya.

“Sebagai makluman, sebarang acara atau majlis sambutan seperti itu adalah dilarang sama sekali ketika pelaksanaan PKP,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas beliau, siasatan dilakukan mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

“Kesemua individu yang diperiksa itu telah dikenakan kompaun mengikut Peraturan 9.

“Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa peka dan mematuhi SOP untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 demi kesejahteraan bersama,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI