fbpx

MNRB catat untung bersih RM189.5 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Faktor ketahanan MNRB berdepan dengan pelbagai cabaran telah menjadi pemacu kepada prestasi kewangan yang menggalakkan.

PETALING JAYA – MNRB Holdings Bhd. (MNRB) mencatat keuntungan bersih yang tinggi bagi tahun kewangan 2021 sebanyak RM189.5 juta dengan pertumbuhan 42.6 peratus berbanding RM132.9 juta tahun kewangan sebelumnya.

Premium kasar dan sumbangan takaful pula bertambah sebanyak RM13 peratus kepada RM2.6 bilion berbanding RM2.3 bilion tahun lalu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Zaharudin Daud berkata, faktor ketahanan dan ketangkasan berdepan dengan pelbagai cabaran ekoran pandemik Covid-19 telah menjadi pemacu kepada prestasi kewangan yang menggalakkan.

Menurutnya, sumbangan yang kukuh daripada operasi subsidari dan sekutu juga memainkan peranan yang penting buat Kumpulan.

“Fokus kami terhadap ketahanan operasi juga turut memacu untuk menjana pertumbuhan hasil dan pulangan yang baik kepada pemegang saham,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Subsidari Kumpulan, Malaysian Reinsurance Berhad (Malaysian Re) merekodkan pertumbuhan 7.7 peratus dalam premium kasar kepada  RM1.4 bilion daripada RM1.3 bilion pada tahun kewangan sebelum ini.

Peningkatan ini adalah daripada sumbangan positif daripada pasaran domestik dan juga luar negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI