fbpx
Segmen pembangunan hartanah akan terus memacu prestasi Sime Darby Property pada tahun ini.

Sime Darby Property catat hasil RM589.5 juta suku pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Segmen pembangunan hartanah yang merupakan penyumbang utama kepada peningkatan prestasi kewangan Sime Darby Property bagi suku pertama tahun kewa­ngan berakhir 31 Mac 2021 telah menjana hasil sebanyak RM553 juta berbanding RM440.7 juta tahun kewangan sebelumnya.

Keuntungan sebelum cukai dan faedah (PBIT) pula adalah sebanyak RM103.8 juta berban­ding RM7.6 juta tempoh yang sama sebelumnya.

Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Azmir Merican berkata, peningkatan kukuh ini adalah hasil pencapaian jualan dan aktiviti pembangunan yang lebih tinggi dalam perbandaran Kumpulan seperti di Kota Elmina, KLGCC Resort, KL East dan Bandar Serenia.

“Segmen pembangunan hartanah akan terus memacu prestasi Sime Darby Property dengan sumbangan pendapatan sebanyak 94 peratus dalam suku pertama tahun kewangan 2021.

“Kami yakin dapat mencapai sasaran jualan pada tahun ini melalui usaha pemasaran digital yang juga disokong oleh Kempen Pemilikan Rumah 2021 yang diperkenalkan oleh kerajaan.

“Produk yang dilancarkan dalam suku pertama ini juga telah menerima sambutan baik daripada kalangan pembeli dengan purata kadar pembelian me­lebihi 90 peratus,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Sime Darby Property mencatat hasil sebanyak RM589.5 juta dan keuntungan sebelum cukai dan faedah (PBIT) sebanyak RM97.9 juta bagi suku pertama tahun kewangan berakhir 31 Mac 2021 (Q1 TK2021)

Mengulas mengenai prospek masa depan, Kumpulan kini berada pada landasan yang betul untuk menjadi sebagai sebuah Kumpulan pembangunan hartanah yang lestari menjelang tahun 2025.

Sime Darby Property kini akan tertumpu kepada peningkatan rangkaian produknya, peluasan asas pendapatan dan portfolio perniagaan serta pembinaan perbandaran yang lestari.

POPULAR