fbpx

Petron kembali untung suku pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keuntungan Petron dipacu oleh harga minyak antarabangsa yang memuaskan dan penggunaan bahan bakar domestik yang kembali beransur-ansur.

PETALING JAYA –  Petron Malaysia Refining & Marketing Bhd (PMRMB) mencatat  keuntungan bersih sebanyak RM103 juta suku pertama 2021, berbanding  kerugian bersih sebanyak RM84 juta tempoh yang sama tahun lepas.

Pengerusinya, Ramon S. Ang berkata, keuntungan ini  didorong oleh harga minyak antarabangsa yang memuaskan, penggunaan bahan bakar domestik yang kembali beransur-ansur sejak terkesan oleh pandemi, dan inisiatif Kumpulan dalam penjimatan kos yang berterusan.

Tanda aras harga minyak mentah Dated Brent meningkat 22 peratus pada suku pertama kepada purata AS$61 (RM251.93) setong berbanding AS$50 (RM206.5) setong pada tempoh yang sama pada tahun 2020. 

Pemulihan harga disokong oleh pemotongan bekalan yang dilaksanakan oleh anggota Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC+) dan pasaran optimis untuk pemulihan permintaan global dengan pelaksanaan vaksin Covid-19.

 “Kumpulan mencatatkan jualan sebanyak 6.8 juta tong pada suku pertama tahun ini, hampir melebihi jumlah suku sebelumnya tetapi rendah daripada 8.1 juta tong yang dijual pada suku pertama 2020.

“Berbanding tahun lalu, di mana impak oleh pelaksanaan kerajaan untuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 selama dua minggu, permintaan tahun ini telah terkesan oleh PKP 2.0 dan PKP Bersyarat yang lebih lama dikenakan atas negeri-negeri utama untuk mengekang gelombang ketiga jangkitan di Malaysia.

“PKP yang lebih lama dilaksanakan pada suku ini membataskan aktiviti perniagaan dan perjalanan, lalu mengekang pemulihan jumlah jualan Kumpulan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Ang menerangkan, walaupun harga lebih tinggi, penurunan jumlah jualan sepanjang tempoh tahun lalu mengurangkan pendapatan Kumpulan pada suku ini kepada RM2 bilion berbanding RM2.2 bilion pada tahun 2020.

 Selain itu, beliau berkata, meskipun berdepan dengan pandemik ini, Kumpulan akan  kekal berada atas landasan untuk menyempurnakan dua projek utama di Loji Penapisan Port Dickson menjelang suku kedua. 

“Kami melaksanakan permulaan Unit Diesel Hydrotreater pada April lalu, manakala pembinaan tangki produk dan saluran paip daratan di Marine Import Facilities 2 (MIF2) selesai pada Mac lalu.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI