fbpx

Lelaki Jerman ceroboh, ugut potong tangan AJK perumahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KLANG – Gara-gara ditegur tidak menguruskan tanaman dengan baik menyebabkan seorang lelaki warga Jerman bertindak menceroboh sebelum mengugut ingin memotong tangan seorang ahli jawatankuasa di Taman Desa Permai, Meru di sini, kelmarin.

Penahanan suspek berusia 60-an itu dilakukan pukul 7 petang di rumahnya di kawasan perumahan tersebut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohd. Khairi Shafie berkata, tindakan jenayah suspek itu dilakukan pada awal pagi hari sama apabila mangsa berusia 40-an dan isterinya melihat suspek menceroboh masuk ke dalam tempat letak kereta rumahnya.

Katanya, suspek juga didapati telah merosakkan tayar kereta milik mangsa dengan memancitkannya menerusi menekan nat tayar.

“Mangsa yang sempat membuka pintu rumah kemudiannya diugut oleh suspek yang ingin memotong tangannya.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa telah menegur suspek kerana gagal menguruskan tanaman pokok yang ditanam di rumahnya dan kawasan taman permainan perumahan berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, berdasarkan siasatan juga mendapati suspek dipercayai pernah mendapatkan rawatan psikiatri namun telah disahkan bebas daripada penyakit tersebut bagaimanapun kadangkala suspek tidak dapat mengawal dirinya.

Ujar Mohd. Khairi, suspek kemudianya dilepaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya dirakam pihak polis.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 427/447/506 Kanun Keseksaan dan kertas siasatan dirujuk ke pejabat pendakwa raya secepat mungkin untuk tindakan seterusnya,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI