fbpx

Ziarah kematian punca kes positif di Felda Simpang Waha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petugas kesihatan dan Ahli Jawatankuasa masjid memasang pita kuning susulan terdapat jangkitan kes positif di Masjid An-Nur, Felda Simpang Waha, Kota Tinggi.

KOTA TINGGI –  Seramai 48 orang penduduk di dua blok di Felda Simpang Waha di sini akan menjalani ujian calitan esok susulan kes positif Covid-19 yang dikesan dalam kalangan komuniti itu.

Difahamkan sehingga kini sebanyak enam kes positif dikesan sehingga turut menyebabkan Masjid An-Nur Felda Simpang Waha diarah tutup oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bermula hari ini hingga 2 Jun.

Setiausaha Masjid An-Nur Felda Simpang Waha, Md. Fazly Ismail berkata, masjid berkenaan mula ditutup sejak pukul 2.30 petang tadi di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

“Kes positif ini dipercayai berpunca dari kehadiran orang ramai dalam majlis kematian seorang penduduk baru-baru ini.

“Imam masjid antara yang terlibat dengan kuarantin kerana hadir pada majlis itu.

“Jadi setakat ini semua yang hadir majlis kematian itu telah diarah untuk membuat saringan iaitu penduduk di blok 11 dan 12 melibatkan seramai 48 pasangan peneroka, tidak termasuk isi rumah,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Katanya, semua ujian calitat esok akan dilakukan di Dewan Taman Kota  Jaya bagi mengenal pasti mereka yang bergejala.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI